Sunday, January 2, 2011

Transformasi minda dengan berblog..

Selamat tahun baru 2011 dan terima kasih yang tak terhingga pada semua yang telah sudi memberi maklumbalas. Ada yang sudahpun memiliki blog dan tidak kurang juga yang masih tidak tahu apa itu blog. Sebagai menghormati kesemua lapisan pengunjung, cerita pasal blog.. terlebih dahulu ingin berkongsi beberapa maklumat berguna dan penting sebagai pengenalan dan panduan untuk meraih pendapatan daripada blog.
Seperti yang anda tahu, blog adalah satu media yang diterbitkan melalui internet. Penerbit-penerbit blog menerima bayaran dari Google hasil dari ruang iklan yang disediakan oleh penerbit. Berbagai-bagai tajuk dan cerita yang ditontonkan oleh penerbit-penerbit blog. Ada yang bercerita tentang cinta, kehidupan, hobi, kerjaya, perniagaan dan macam-macam lagi.
Semakin ramai pengunjung yang datang, semakin larislah ruang iklan yang akan digunakan oleh Google dan semakin besarlah peluang untuk mendapat pendapatan lumayan.
Bagi yang telah memiliki blog, sudilah kiranya kongsikan URL blog anda di sini untuk sama-sama kita bincangkan ciri-ciri yang diperlukan oleh Google dalam memilih blog untuk penempatan iklan. Bagi yang masih belum memilikinya pula, silalah klik pada iklan blogger di laman ini untuk mulakan berblog dan segeralah kongsikan URL blog anda di sini. cerita pasal blog.. akan menyenaraikan kesemua URL blog yang dikongsikan di sisi laman ini. Nantikan aktiviti seterusnya :)

7 comments:

Unknown said...

salam. ni url blog saya
http://asfaliza.blogspot.com/
tq
-asfaliza-

starz said...

salam. saya belum ade blog yg official. tp berminat nk buat blog. sy nk tny, mcm mne blog boleh dijadikan pendapatan sampingan. minta ditunjuk ajar :)

sOulmate said...

salam ini link blog sye sila2 la singgah..

fAiRy PrInCesS said...

ooo..ok. ni blog saye.. =)

dya said...

x fham sangat..hehe..tp ni blog sy :)

Mohd Hafiz said...

Salam, ni blog saya...

http://arnabstylo.blogspot.com/

cahaya mata said...

saya pn xpaham..tp saya ada blog...
http://cahayamatamakabah.blogspot.com/