Saturday, January 8, 2011

Blog adalah satu permulaan..

Reaksi dari pengunjung setelah pos jana pendapatan dengan blog ? amatlah positif. Ramai yang inginkan penjelasan lanjut mengenai penjanaan pendapatan melalui blog. Sebenarnya, jika anda telahpun memiliki blog, ini bermakna anda telahpun memulakan langkah pertama dalam proses menjana pendapatan. Memiliki blog bolehlah disamakan seperti memiliki kedai. Bila anda memiliki kedai, sudah semestinya anda boleh berniaga dan menjana pendapatan.

Wednesday, January 5, 2011

Jana pendapatan dengan blog ?

Jika anda memiliki produk jualan, perkhidmatan atau sebagainya, sudah semestinya blog amat membantu dalam mempromosikan produk-produk anda. Sudah semestinya persoalan ini tidak timbul kerana secara tidak langsung blog telah membantu anda menjana pendapatan. Bagi yang tiada produk pula bagaimana? Sungguh hangat topik ini diperkatakan :)

Sunday, January 2, 2011

Transformasi minda dengan berblog..

Selamat tahun baru 2011 dan terima kasih yang tak terhingga pada semua yang telah sudi memberi maklumbalas. Ada yang sudahpun memiliki blog dan tidak kurang juga yang masih tidak tahu apa itu blog. Sebagai menghormati kesemua lapisan pengunjung, cerita pasal blog.. terlebih dahulu ingin berkongsi beberapa maklumat berguna dan penting sebagai pengenalan dan panduan untuk meraih pendapatan daripada blog.

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010..

Tahun 2010 akan meninggalkan kita selama-lamanya. Pasti banyak peristiwa pahit dan manis yang menjadi pengalaman. Walau apapun, 2011 akan menyambung putaran masa seterusnya. Apakah azam baru kita? Sudahkah azam 2010 tertunai? Pepatah arab ada mengatakan "masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.."